MASALAH 01 / PEMASARANRumah sudah lama tak terjual.
Iklan berjalan berbulan-bulan,
tetapi pertanyaan sedikit
atau viewing tidak menghasilkan tawaran.
Bagaimana Adi bantu:
Audit semula harga, gambar, headline,
persaingan, kondisi rumah dan maklum balas viewing.
MASALAH 02 / PEMBIAYAANBuyer berminat tetapi loan reject.
Pembeli kelihatan serius,
namun pembiayaan tidak diluluskan
atau jumlah pinjaman tidak mencukupi.
Bagaimana Adi bantu:
Perbaiki tapisan awal pembeli,
semak kesiapsiagaan deposit dan
padanan profil pembiayaan dengan harga rumah.
MASALAH 03 / BANK VALUEBank value lebih rendah daripada harga jual.
Harga dipersetujui mungkin lebih tinggi
daripada nilai yang menyokong pembiayaan pembeli.
Bagaimana Adi bantu:
Bantu menilai jurang harga,
kemungkinan top-up pembeli
dan pilihan rundingan.
Nilai rasmi tertakluk kepada penilaian berkaitan.
MASALAH 04 / BAKI PINJAMANBaki loan rumah masih tinggi.
Pemilik bimbang wang bersih
selepas menjual rumah tidak cukup
untuk memenuhi tujuan seterusnya.
Bagaimana Adi bantu:
Sediakan anggaran hasil bersih
selepas baki pembiayaan dan kos berkaitan,
sebelum pemilik menerima tawaran.
MASALAH 05 / PUSAKARumah pusaka atau mempunyai ramai waris.
Status pentadbiran belum selesai,
waris belum sepakat atau dokumen
pemilikan memerlukan tindakan lanjut.
Bagaimana Adi bantu:
Kenal pasti kedudukan awal pemilikan
dan koordinasi dengan waris,
peguam atau pihak pusaka berkaitan.
MASALAH 06 / LPPSARumah masih mempunyai pembiayaan LPPSA.
Pemilik mahu menjual tetapi
belum jelas proses penebusan
dan dokumen yang diperlukan.
Bagaimana Adi bantu:
Susun semakan awal baki,
urutan penebusan dan koordinasi
bersama LPPSA serta peguam.
MASALAH 07 / PENYEWARumah masih mempunyai penyewa.
Viewing sukar diatur
dan tempoh perjanjian sewaan
mungkin mempengaruhi kehendak pembeli.
Bagaimana Adi bantu:
Teliti perjanjian sewaan,
rancang viewing dan komunikasi
dengan mengambil kira hak penyewa.
MASALAH 08 / SEKATANLeasehold, Bumi Lot atau memerlukan consent.
Pemilik tidak pasti
status sekatan kepentingan
dan kesannya terhadap pindah milik.
Bagaimana Adi bantu:
Kenal pasti isu dokumen
dan membantu penyelarasan
semakan dengan peguam serta pihak berkuasa.