Ramai pemilik fikir masalah jual rumah bermula bila tiada buyer. Sebenarnya transaksi boleh mula bermasalah lebih awal apabila geran belum diperiksa, baki loan tidak jelas, consent tidak dijangka, rumah masih berpenyewa atau dokumen pusaka belum lengkap.
Semak Kes Rumah Saya Dengan AdiDokumen penting dalam proses jual rumah membantu menentukan sama ada harga yang dirancang selamat, transaksi memerlukan consent, baki loan boleh diselesaikan, siapa yang boleh menandatangani dan bagaimana bank serta lawyer perlu bergerak.
Harga jual nampak menarik tetapi jumlah penebusan dan kos transaksi belum diketahui.
Adi semak: baki pinjaman, ruang harga dan potensi shortfall lebih awal.
Buyer sudah booking sebelum pemilik tahu consent atau syarat tertentu diperlukan.
Adi semak: jenis hakmilik, sekatan dan perkara yang perlu dijangka dalam timeline.
Maintenance atau sinking fund tertunggak hanya diketahui selepas lawyer bergerak.
Adi semak: strata, akaun pengurusan, tunggakan dan maklumat serahan.
Buyer mahu vacant possession tetapi tenancy masih berjalan.
Adi semak: tenancy agreement, tarikh tamat, notis dan bentuk serahan.
Waris mahu menjual tetapi kuasa pihak yang boleh menandatangani belum jelas.
Adi semak: status pentadbir, dokumen pusaka dan apa yang perlu dirujuk kepada peguam.
Booking diterima tetapi pembiayaan buyer atau valuation belum kukuh.
Adi semak: kesesuaian harga, buyer profile dan laluan pembiayaan.
Adi melihat dokumen sebagai sebahagian daripada strategi menjual rumah, bukan kerja pentadbiran di hujung transaksi.
Keperluan sebenar berbeza mengikut jenis hartanah, tetapi dokumen di bawah ialah antara perkara utama yang biasanya perlu diperiksa.
Pemilik tidak perlukan lebih banyak paperwork. Pemilik perlukan proses yang menghubungkan dokumen, harga, buyer, bank dan lawyer.
Semak jenis rumah, hakmilik, baki loan, penyewa, tunggakan dan isu yang boleh mengubah laluan transaksi.
Harga dinilai bersama keadaan rumah, transaksi kawasan, market competition dan kebolehbiayaan buyer.
Pemilik tahu dokumen mana patut disediakan sebelum iklan dan mana yang diperlukan pada fasa berikutnya.
Fokus kepada buyer yang mempunyai bajet, deposit, pembiayaan dan timeline yang lebih jelas.
Booking, SPA, valuation, loan, redemption dan perkara berkaitan lawyer dipantau mengikut perjalanan kes.
Bil, maintenance, access card, kunci dan perkara akhir disusun sebelum transaksi ditutup.
Banyak pemilik sebenarnya tidak perlukan jawapan “boleh jual atau tak boleh jual” sahaja. Mereka perlukan gambaran apa masalah sebenar dan apa langkah pertama yang praktikal.
Semak angka dahulu supaya pemilik tahu ruang harga dan kemungkinan shortfall.
Harga, buyer fit, positioning dan dokumen perlu dinilai semula, bukan iklan sahaja.
Tapisan buyer dan laluan pembiayaan perlu diperketatkan sebelum booking baru.
Tenancy, viewing dan bentuk vacant possession perlu dirancang.
Status title dan sekatan perlu diperiksa sebelum timeline dijanjikan kepada buyer.
Dokumen pentadbir dan kuasa menjual perlu diperiksa sebelum dipasarkan seperti kes biasa.
Biasanya semakan awal bermula dengan IC pemilik, hakmilik atau dokumen pemilikan, SPA lama, penyata loan, cukai tanah, cukai pintu dan maintenance jika hartanah strata.
Semakan masih boleh dimulakan, tetapi status hakmilik dan kaedah mendapatkan dokumen berkaitan perlu disahkan lebih awal bersama pihak yang berkenaan.
Pemilik boleh mula mencari melalui rekod lama, bank, peguam atau pihak lain yang pernah terlibat. Jangan tunggu buyer booking baru perkara ini diperiksa.
Harga jual bukan jumlah bersih yang terus diterima pemilik. Baki pembiayaan dan kos berkaitan transaksi boleh memberi kesan kepada hasil akhir.
Boleh, tetapi tenancy agreement, deposit, tarikh tamat dan kaedah serahan perlu diketahui lebih awal.
Kerana semakan tidak dibuat secara berasingan daripada strategi jualan. Dokumen dilihat bersama harga, buyer, pembiayaan, bank, lawyer dan timeline transaksi.
Semakan awal masih boleh dibuat menggunakan maklumat yang ada. Dari situ boleh dikenal pasti dokumen mana yang perlu dicari, pihak mana perlu dirujuk dan apa yang patut dibuat dahulu.
Bagi Adi maklumat asas rumah dahulu. Kita semak apa yang perlu diberi perhatian sebelum anda tentukan harga, terima booking atau masuk proses lawyer.
WhatsApp Adi — Semak Kes Rumah